Monday, April 4, 2011

Pembinaan Lorong Jalan Kaki


Pada 12 Mac 2011 yang lepas guru-guru bersama PIBG telah mengadakan gotong royong membina Lorong jalan kaki.Dengan adanya kemudahan tersebut,maka masalah murid-murid berjalan ke bangunan sekolah selesai. Jika sebelum ini kasut murid-murid akan basah dan kotor akibat lumpur,maka perkara tersebut dapat diatasi. Pembinaan tersebut adalah inisiatif sendiri para Ibu-Bapa yang prihatin dengan masalah anak-anak mereka.Setelah beberapa kali bermesyuarat,maka ibu bapa bersetuju untuk menyumbangkan sumber kewangan dalam menjayakan pembinaan lorong kaki tersebut.Guru Besar selaku penasihat PIBG juga telah menyatakan bahawa jika menunggu peruntukan dari Jabatan Pendidikan,berkemungkinan perkara tersebut tidak akan terlaksana,sedangkan pembinaan Lorong Jalan Kaki tersebut merupakan salah satu keperluan bagi murid-murid SK. Menumpang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails